Kenyataan beliau itu dibuat beberapa hari selepas polis Israel bertempur dengan penduduk Palestin yang membantah lawatan penduduk Yahudi ke pekarangan masjid itu yang merupakan tanah suci ketiga bagi umat Islam.

Mahmoud menegaskan bahawa, mempertahankan Masjid al-Aqsa adalah sama seperti melindungi Baitulmaqdis yang mahu dijadikan sebagai ibu negara mereka.

“Baitulmaqdis adalah permata pada mahkota dan ibu negara kekal bagi negara Palestin. Tanpanya, tidak ada lagi sebuah negara.

“Oleh itu, penting bagi penduduk Palestin bersatu dalam usaha melindungi Baitulmaqdis,’’ katanya pada persidangan di Tebing Barat, Ramallah, kelmarin.

Dalam perkembangan berasingan, Majlis Perbandaran Gwynedd di utara Wales pada minggu lalu mengundi usul untuk mengecam perang yang dilancarkan Israel ke atas Genting Gaza dengan menyekat semua perdagangan mereka dengan Israel.

Keputusan undian dalam kalangan kaunselor majlis perbandaran itu yang berlangsung pada 9 Oktober lalu menyaksikan undian 42-3 dengan enam lagi berkecuali, lapor portal News North Wales. 
– AFP/AGENSI