Menurut BBC.com, mereka membina sebuah perisian dikenali sebagai silent speech yang membolehkan manusia menaip sebanyak 100 patah perkataan dalam tempoh hanya seminit.

Projek ini yang masih di peringkat awal, memerlukan teknologi terbaharu bagi mengesan gelombang otak tanpa me­lakukan pembedahan.

“Kami bukan bercakap mengenai menyahkod pemikiran rawak anda. Manusia berfikir banyak perkara dan anda memilih untuk berkongsi sesetengah daripada­nya,” kata Ketua Makmal Penyelidikan, Building 8, Regina Dugan.

Selain itu, tambah Facebook, pihaknya bercadang membina perkakasan dan perisian untuk mencapai matlamat tersebut dan telah menyenaraikan penglibatan lebih 60 saintis dan ahli akademik.

Sementara itu, pengasas Facebook, Mark Zuckerberg berkata, otak manusia menghasilkan data mencukupi untuk menonton empat buah filem berdefinisi tinggi secara dalam talian seseminit.

“Cara terbaik menyampaikan maklumat ke seluruh dunia ialah melalui percakapan sahaja. Kami mahu membangunkan sistem yang membenarkan anda menaip terus menerusi otak sebanyak lima kali lebih cepat daripada keupayaan manusia menekan papan kekunci pada telefon pintar hari ini.

“Teknologi akan menjadi lebih maju sebelum kita dapat berkongsi pemikiran dan perasaan sebenar kita, tetapi ini adalah langkah pertama,” ujar Zuckerberg.