Agensi kebajikan antarabangsa, Oxfam dalam laporan terbaharu juga mendapati, kekayaan bilionair meningkat enam kali ganda lebih cepat berbanding pekerja biasa sejak tahun 2010.

Pada masa sama, seorang hartawan baharu muncul se­tiap dua hari di antara bulan Mac 2016 dan Mac 2017.

Tambahnya, sembilan daripada 10 hartawan adalah lelaki

Oxfam menggunakan pe­ne­muannya untuk memberi gambaran terhadap ekonomi glo­bal dengan segolongan kecil mengumpul lebih banyak kekayaan ketika ratusan juta penduduk berdepan kesukaran meneruskan hidup dengan gaji yang rendah.

“Pertambahan jumlah bi­lionair bukan petunjuk ekonomi yang baik sebaliknya adalah gejala daripada sistem ekonomi yang gagal,” kata Pengarah Eksekutif Oxfam, Winnie Byanyima.

Oxfam juga menyatakan pe­kerja wanita terus mendapat gaji lebih rendah berbanding lelaki selain bayaran dite­rima pa­ling rendah dan tiada jaminan.

Agensi itu dalam laporan bertajuk Reward Work, not Wealth, menggunakan data Credit Suisse untuk membandingkan pendapatan eksekutif kanan dan pemegang saham berban­ding pekerja biasa. – AFP