Peperangan itu dihentikan selepas tentera Filipina berjaya menghapuskan musuh yang bersembunyi di beberapa buah bangunan di bandar Marawi dan enggan menyerah diri.

Mayat sebanyak 40 anggota militan Daesh dan dua isteri mereka ditemukan hari ini dua buah bangunan dan sebuah masjid di zon perang.

Bagaimanapun tinjauan agensi berita Reuters mendapati tembakan meriam dan tembakan senjata automatik masih kedengaran selain api yang marak dari belakang sebuah masjid.

Setiausaha Pertahanan Filipina, Delfin Lorenzana menegaskan dengan menamatkan serangan pengganas itu, Filipina berjaya memusnahkan pertumbuhan dan mengalahkan keganasan.

“Kemenangan ini berjaya menafikan usaha mengeksport fahaman ektremis dan radikal di Filipina selain menghalang ia daripada merebak ke Asia,” kata beliau.

Kepungan militan mengejutkan ketidakmahiran tentera Filipina dalam perang bandar selain menimbulkan kebimbangan bahawa Daesh berjaya mempengaruhi penduduk Islam tempatan selain bercita-cita menjadikan Mindanao sebagai pangkalan operasi mereka di Asia Tenggara.

Menurut pihak berkuasa, sebanyak 920 orang militan, 165 anggota tentera dan polis serta sekurang-kurangnya 45 orang awam terbunuh dalam konflik yang memaksa lebih 300,000 penduduk dipindahkan. – REUTERS