Beberapa buah kapal dan kakitangan telah dibawa keluar dan hanya sebahagian masih berada di lokasi pencarian sebelum operasi mencari dan menyelamat dihentikan sepenuhnya secara rasmi, kata seorang jurucakap agensi mencari dan menyelamat Indonesia, Yusuf Latif.

Pesawat AirAsia itu terputus hubungan dengan trafik kawalan udara semasa dalam penerbangan dari Surabaya, Indonesia ke Si­ngapura yang memakan masa dua jam pada 28 Disember lalu.

Kesemua 162 penumpang dan anak kapal pesawat Airbus A320 itu dilaporkan terkorban.

Data penerbangan dan kokpit perakam suara atau kotak hitam pesawat itu, ditemukan dua mi­nggu selepas nahas itu berlaku.

Bahagian besar badan pesawat itu juga dijumpai di dasar laut.

Pasukan penyelamat pelbagai negara diketuai tentera Indonesia berjaya menemukan 106 mayat walaupun menghadapi pelbagai halangan ekoran cuaca buruk dan ombak kuat, dan 56 penumpang masih lagi hilang.

Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Nasional mendedahkan bahawa juruterbang warga Perancis merupakan pegawai yang pertama mengawal pesawat itu sebelum kemalangan berlaku.

Pesawat itu terbang ke paras yang tinggi di kawasan nahas selepas berlaku ribut sebelum terhempas.

Ketika nahas berlaku, pesawat dipandu oleh pembantu juruterbang dan bukan oleh juruterbang.

Indonesia akan mendedahkan laporan akhir nahas itu pada Ogos ini, lapor Kementerian Pe­ngangkutan Indonesia bulan lalu. ­­ REUTERS/AFP