Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Operasi Big Ben dihentikan

LONDON 15 Ogos – Setelah le­bih 150 tahun menara jam Big Ben yang popular dalam kalangan pelancong, memberikan perkhidmatannya­ dengan baik termasuk pada dan selepas zaman perang dunia kedua, kini ope­rasinya dihentikan selama empat tahun.

Menara jam itu akan menjalani kerja pengubahsuaian dan penambahbaikan supaya dapat berfungsi lebih lama lagi.

Lapor Mail Online, langkah berkenaan diambil oleh pihak berkuasa tempatan kerana deringan loceng daripada menara tersebut boleh menjejaskan pendengaran para pekerja yang akan terlibat dalam projek terbabit.

Menara yang terletak berdekatan dengan Dewan Parlimen di Westminster akan membunyikan loceng buat kali terakhir pada hari ini.

Beberapa keretakan dan karat serta mekanisme jam di menara berkenaan akan dibaiki sepenuhnya.

Bagaimanapun, kebimbangan mulai tercetus ekoran kos pembinaan yang didakwa melangkaui anggaran bajet asal sebanyak 29 juta pound (RM161 juta), dengan beberapa sumber berkata kos itu boleh mencecah sehingga 60 juta pound (RM334 juta).

Malah, terdapat pihak menyuarakan rasa kurang senang berikutan tempoh kerja-kerja pembaikan yang menelan masa lebih lama daripada sepatutnya.

“Wujud persoalan mengapa perlu mengambil masa selama empat tahun untuk melakukannya. Big Ben mempunyai kepen­tingan kepada industri pelancongan dan perkara ini perlu diambil kira,” ujar Setiausaha Perdagangan Antarabangsa, Barry Gardiner.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain