Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Obor-obor beracun pembawa 
maut mula ‘ceroboh’ pantai Cornish

Obor-obor dikenali dengan nama Portuguese man o war sangat bisa 2
Obor-obor dikenali dengan nama Portuguese man o war sangat bisa jika menyegat boleh menyebabkan mangsa terutamanya kanak-kanak maut serta-merta. Agensi

LONDON 13 Sept. – Sekumpulan obor-obor beracun yang boleh menyebabkan maut di­percayai ‘men­ce­roboh’ sepanjang pan­­­­tai Cor­nish di Britain sehingga menyebabkan pihak ber­kuasa bertindak menutup sementara kawasan itu sejak beberapa hari lepas.

Daily Mail me­lapor­kan, sebuah ba­­­­­dan hidupan liar, The Cornwall Wildlife Trust telah merekodkan penemuan lebih 140 obor-obor itu sejak tiga hari kebelakangan ini berbanding hanya 40 ekor pada tahun 200 hingga 2009.

Obor-obor ini dalam satu kumpulan besar dipercayai ha­nyut akibat tiupan angin kuat di persisir pantai Britain sejak ming­gu lepas.

Hidupan laut berbahaya ini yang juga dikenali dengan nama Portuguese man o’ war sangat bisa jika menyegat sehingga boleh menyebabkan seseorang itu maut serta-merta.

Seorang pegawai Cornwall Wildlife Trust, Matt Slater berkata, orang ramai diminta berhati-hati kerana obor-obor jenis ini sangat berbahaya kerana sengatannya sangat bisa.

“Sebenarnya kehadiran obor-obor jenis ini jarang sekali berlaku. Mungkin kerana hidupan tersebut telah dihanyutkan oleh angin pantai sehingga terdampar ke pantai Cor­­nish.

“Saya mohon kepada semua supaya lebih berhati-hati sekiranya terjumpa hidupan air ini, walaubagaimanapun ia me­­rupakan antara haiwan yang paling cantik,” katanya.

Lengan hidupan marin itu sepanjang 49 meter mampu bersembunyi di bawah permukaan tanpa dapat dilihat sebelum bertindak menyengat.

Kesakitan sengatan itu mampu menyebabkan seseorang lumpuh atau maut selain sangat berbahaya kepada anak kecil kerana boleh membunuh dalam sekelip mata.

Difahamkan, obor-obor je­nis Portuguese man o’ war banyak didapati di kawasan per­airan yang jauh dari pantai dan kehadirannya tidak di­sedari mangsa berikutan keadaannya sukar dilihat kera­na lut sinar.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain