Menurut portal Mail Online, objek berbentuk bulat diperbuat daripada besi itu ditemukan di sebuah kawasan di wilayah Tuyen Quang dan objek paling besar seberat 45 kilogram ditemukan dalam sebatang anak sungai.

Penduduk tempatan mendakwa, mereka terdengar bunyi guruh beberapa minit sebelum penemuan objek terbabit dan satu daripada objek berkenaan seberat enam kilogram hampir mengenai sebuah rumah.

Objek paling kecil seberat 250 kilogram jatuh di atas bumbung sebuah rumah sebelum bergolek ke tanah.

Siasatan awal oleh pihak tentera Vietnam mendapati objek itu merupakan buatan Rusia yang dipercayai digunakan sebagai tangki udara untuk pesawat atau roket tetapi mungkin dijual ke negara lain.

Bagaimanapun, kesemua objek itu dikategorikan sebagai bukan bahan letupan dan tidak mencetuskan kebimbangan kepada orang ramai.

Sementara itu, pakar Program Teknologi dan Sains Angkasa Vietnam, Profesor Nguyen Khoa Son berkata, objek itu mungkin merupakan komponen sistem tangki minyak satelit.

“Objek berkenaan mungkin serpihan daripada satelit yang gagal dilancarkan atau mungkin komponen satelit di orbit yang terhempas semula ke bumi,” katanya.