Parti memerintah pakatan konservatif dan parti anti-imigran berhaluan kanan berikrar mahu menjalankan pengharaman itu sejak tahun lalu.

“Kami tidak mahu niqab dipakai di semua institut pendidikan. Niqab menyekat corak komunikasi yang baik, di mana adalah penting untuk pelajar menerima pendidikan terbaik,” kata Menteri Pendidikan dan Penyelidikan, Roe Isaksen dalam satu kenyataan dikeluarkan. - AFP