Menurut Solberng, serangan itu mengingatkan semula kenangan pembunuhan beramai-ramai Breivik di Norway pada 2011.

“Kejadian ini sangat menyedihkan. Ia mengingatkan kenangan pahit berdasarkan pengalaman sendiri pada 22 Julai, masa paling sukar dalam tempoh selepas perang di Norway,” katanya dalam satu temu bual bersama stesen televisyen tempatan.

Beliau berkata, kejadian itu menunjukkan bahawa ekstremisme sedang berkembang di banyak tempat.

“Ini juga petanda amaran bahawa perjuangan melawan ekstremisme dalam semua bentuk mesti menjadi agenda utama,” ujarnya.