NIPSEY HUSSLE

Bagaimanapun jurucakap jabatan polis Los Angeles tidak dapat mengesahkan identiti mangsa tetapi memaklumkan bahawa insiden tembakan itu menyebabkan seorang maut dan mencederakan dua yang lain.

Tambah jurucakap berkenaan, pembunuh terbabit masih bebas.

Beberapa jam sebelum kejadian, Nipsey membuat kicauan: “Mempunyai musuh yang kuat adalah satu rahmat.”

Nipsey, 33, ketika zaman remajanya dikatakan terbabit de­ngan budaya kumpulan samseng.

Dalam pada itu, beberapa rakan artis mengucapkan takziah atas kematian Nipsey.

“Pergi terlalu cepat. Saya terlalu sedih ketika ini dan saya akan mengenang kembali waktu terbaik kami berdua,” ujar Snoop Dogg dalam Instagram miliknya.

Penyanyi Rihanna turut mengucapkan takziah kepada Nipsey: “Perkara ini tidak boleh diterima! Semangat saya goyah disebabkan ini!

“Saya sangat berdukacita tentang apa berlaku kepada kamu,” kata Rihanna.

Nipsey dikenali kerana be­kerjasama dengan beberapa arr­tis dalam albumnya dan antara lagu terkenal mendiang ialah, Bullets Ain’t Got No Name series dan The Marathon.

Dia kemudiannya melancarkan album studio pertamanya iaitu Victory Lap, Februari tahun lalu.

Albumnya juga tercalon untuk Album Rap Terbaik ketika Anugerah Grammy Tahunan ke-61, tahun ini. – AFP