Menurut Mail Online, Biro Siasatan Persekutuan (FBI) menyerahkan lukisan itu kepada Emily Murta dan Kaitlin Grant dalam satu majlis yang diadakan di sebuah bangunan persekutuan di Philadelphia, semalam.

Lukisan berkenaan merupakan milik datuk mereka, Robert Grant dan dicuri bersama-sama beberapa barangan lain daripada kediaman keluar­ganya di Cherry Hill, New Jersey.

Grant membeli karya Rockwell yang bertajuk 'Lazybones (Boy Asleep with Hoe)’ pada sekitar 1950-an dengan harga se­rendah AS$75 (RM331) sebelum karya seni itu dicuri dalam satu kejadian pecah rumah pada tahun 1976.

Lukisan berkenaan di­serahkan oleh FBI kepada keluarga Grant selepas ia diserahkan oleh individu yang tidak dikenali.

Penilai barangan antik menganggarkan lukisan itu kini berharga antara AS$600,000 (RM2.6 juta) ke AS$1 juta (RM4.4 juta).

Menurut bekas penyiasat FBI, Robert Bazin, Grant membeli lukisan itu selepas secara tidak sengaja telah merosakkan lukisan itu dengan sebatang kayu snuker semasa bermain permainan itu di Haddonsfield, New Jersey.

Grant kemudiannya membayar ganti rugi kepada pemilik lukisan sebelum mengantungkannya pada dinding rumah.

Ahli keluarga Grant dengan mudah dapat me­ngenal pasti lukisan itu ke­rana terdapat lubang yang menyamai kesan tusukan kayu snuker.