NZ Herald melaporkan, Arden menyampaikan mesej yang kuat dari New Zealand kepada lelaki bersenjata yang terlibat dalam serangan terburuk tersebut bahawa mereka tiada tempat di negara tersebut.

“Kamu mungkin telah memilih kami, kami menolak dan mengutuk kamu.

“Mereka ini saya sifatkan mempunyai pemikiran ekstremis yang sama sekali tidak mempunyai tempat di New Zealand dan sebenarnya tidak mempunyai tempat di dunia,” katanya di sini hari ini.

Seramai empat suspek telah ditahan dan tiga daripadanya disyaki pembunuh manakala seorang lagi tidak mempunyai kaitan dengan mereka. -AGNESI