Putting beliung itu menyebabkan paras air sungai meningkat melimpahi jalan raya dan menyebabkan penutupan jalan-­jalan berkenaan.

Kira-kira 10,000 penduduk di bandar terbesar di North Island, Auckland terpaksa bergelap akibat terputus bekalan elektrik.

Setakat ini, tiada kes kematian dilaporkan tetapi pihak berkuasa memberi amaran hujan lebat dengan jumlah hujannya bersamaan tempoh untuk selama tiga bulan akan melanda beberapa kawasan di negeri itu lewat hari ini.

Keadaan berkenaan dikhuatiri menyebabkan banjir kilat di beberapa buah kawasan belum pulih sepenuhnya daripada kejadian gempa bumi pada bulan November lalu.

Pegawai Meteorologi dari MetService, Peter Little memberitahu, lebih banyak hujan lebat, ribut petir dan angin kuat termasuk puting beliung kecil akan melanda negeri berkenaan.

Keadaan muka bumi New Zealand yang bergunung ganang mendedahkan jalan raya di negara itu terhadap tanah runtuh manakala beberapa negeri lain pula sedang pulih daripada kejadian gempa bumi yang berukuran 7.8 magnitud.

Puting beliung Debbie yang dikategorikan sebagai taufan tahap empat membadai Queensland, Australia pada minggu lalu menyebabkan enam orang terkorban selain meranapkan pusat peranginan, melumpuhkan bekalan elektrik dan menyebabkan lombong arang batu ditutup. – Reuters