Herald New Zealand melaporkan, beliau turut memberitahu bahawa azan juga akan berkumandang dan disiarkan di Radio NZ dan TVNZ pada hari tersebut.

Dalam perkembangan sama, Ardern berkata, pihaknya telah meluluskan penyerahan 30 mayat mangsa tragedi berdarah tersebut kepada keluarga masing-masing.

Katanya, beliau memahami kekecewaan keluarga mangsa yang masih menunggu untuk menjalankan upacara pengebumian saudara mara.

“Banyak proses, keadaan ini sangat berbeza. Saya mahu memikirkan perkara ini dan menambah baik,” ujarnya. -AGENSI