Lapor al-Jazeera, polis ketika ini sedang menyiasat pelbagai kes membabitkan Netanyahu.

Netanyahu dilaporkan tidak perlu meletakkan jawatan sekiranya didapati bersalah, tetapi beliau akan berhadapan dengan tekanan politik yang kuat bagi mendesaknya berundur.

“Saya tidak mempunyai niat untuk meletakkan jawatan, pertama kerana saya tidak melakukan sebarang kesalahan, kedua kerana undang-undang tidak membenarkan saya berbuat demikian.

“Itu akan menjadi pelanggaran serius terhadap demokrasi Israel,” ujarnya.