Kes tersebut merupakan salah satu daripada tiga pertuduhan rasuah ke atas dirinya namun beliau menafikan pembabitannya dalam semua dakwaan berkenaan.

Pihak berkuasa mendakwa Netanyahu memberikan hak pengawalseliaan yang berat sebelah kepada Bezeq Telecom Israel sebagai balasan bagi liputan berita terbaik untuk beliau serta isterinya.

Dalam pada itu, menurut polis dan Agensi Keselamatan Israel dalam satu kenyataan bersama, Netanyahu hanya disoal siasat sebagai sebahagian daripada ‘usaha memerangi jenayah kewangan’. - REUTERS