Shanghaiist melaporkan, ra­ka­man video mengenai kejadian itu menjadi tular sehari selepas hasrat seorang nelayan untuk menjual ikan itu kepada sebuah hotel tempatan tidak kesampaian.

Difahamkan, kakitangan da­pur hotel terbabit enggan membeli ikan gergasi itu kerana didakwa mengeluarkan bau yang amat busuk selain tidak boleh dimakan kerana mengandungi terlalu banyak merkuri.

Justeru sebagai alternatif, spe­sies ikan kedua paling dilin­dungi di China itu kemudian dipotong menjadi kepingan bagi memudahkannya dijual di pasaran.

Penularan rakaman video dan gambar mengenai tindakan kumpulan nelayan berkenaan bagaimanapun menarik perhatian pihak berkuasa tempatan untuk membuat laporan polis.

Berdasarkan undang-undang China, yu paus perlu dibebaskan segera jika tersangkut dalam pukat nelayan dan aktiviti jual beli daging ikan itu turut diharamkan di sini.

Pada 2014, seorang nelayan di Fujian juga berjaya menangkap seekor yu paus sebelum me­­ngangkutnya ke pekan berham­piran dengan harapan akan me­­nerima bayaran yang tinggi.

Bagaimanapun, tindakan nelayan terbabit disedari pihak berkuasa tempatan yang akhir­nya merampas daging ikan itu sebelum melelongnya pada harga rendah.