Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Negara anggota GCC mungkin singkir Qatar

Anwar Gargash
Anwar Gargash

DUBAI 17 Julai – Negara-negara Te­luk yang memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar baru-baru ini membayangkan bahawa mereka mungkin menyingkirkan Qatar daripada menganggotai Majlis Kerjasama Teluk (GCC), sebuah kumpulan perdagangan dan keselamatan serantau.

Menteri Luar Emiriah Arab Bersatu (UAE), Anwar Gargash memberi amaran kepada Qatar bahawa negara itu tidak boleh menjadi sebahagian kumpulan serantau yang didedikasikan untuk mengukuhkan keamanan dan kepentingan bersama dan pada masa yang sama juga menjejaskan keselamatan dan membahayakan negara-negara anggotanya.

“Anda (Qatar) tidak boleh menjadi kawan kami dan juga kawan kepada kumpulan militan al-Qaeda,” kata Anwar dalam ucapannya hari ini.

Anwar mendakwa boikot selama enam minggu telah berjaya memberi tekanan terhadap Qatar yang berjanji kepada negara-negara Barat bahawa negara itu akan mengkaji senarai 59 pelampau yang didakwa UAE berada di Doha. UAE mahu individu itu ditangkap atau diusir bersama-sama dengan 12 buah organisasi yang dinamakan.

Katanya: “Mereka (Qatar) percaya kumpulan pelampau Islam akan me­nguasai Asia Barat dan Qatar mahu menjadikan mereka sebagai sekutu. Dasar ini salah kerana dipacu oleh wang dan cita-cita yang melampau. Qatar telah bertindak bodoh untuk mempergunakan kumpulan itu.”

Qatar sebelum ini menafikan bahawa pentadbiran Doha menaja kegiatan pelampau. dan berkata sebarang tindakan ke atas negaranya hanya akan menjejaskan dasar luar yang dibuat supaya lebih berke­cuali berbanding jirannya tentang Iran yang mana Qatar berkongsi medan gas.

Dalam perkembangan ber­­kaitan, sumber risikan Amerika Syarikat (AS) mendakwa UAE me­­ndalangi penggodaman agensi berita dan laman media sosial Qatar bagi menyiarkan kenyataan palsu yang dikaitkan dengan Emir negara itu, Sheikh Tamim Bin Hamad al-Thani, pada penghujung Mei lalu sehingga mencetuskan pergolakan antara Doha dan negara jirannya. – The Guardian

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain