Julai lalu, Nawaz yang dilantik sebagai Perdana Menteri Pakistan selama tiga penggal sejak 1990 meletakkan jawatan selepas mahkamah tertinggi negara ini membatalkan kelayakan yang dimilikinya susulan kekayaan ‘luar biasa’ pemimpin itu.

Kekayaan Nawaz dan keluarganya menjadi persoalan apabila kebocoran kertas Panama tahun lepas apabila pendedahan demi pendedahan berhubung kemewahan serta hartanah di London didedahkan.

Nawaz dalam sidang akhbar hari ini mendakwa, beliau tidak diberi peluang untuk menghadapi perbicaraan secara adil.

“Biar pemerintah dan pengamal undang-undang mengikut perlembagaan dan sistem pengadilan dengan betul dan telus. Berikan rakyat hak itu.

“Saya tahu saya tidak bersalah akan terus berjuang untuk memastikan pengadilan buat saya,” katanya. -AFP