Gambar itu sebahagian daripada penyelidikan dalam membangunkan pesawat yang dapat terbang lebih pantas daripada bunyi tanpa gemuruh ‘debum bunyi’.

Ketika kapal terbang mencapai kelajuan sekitar 1,225 kilometer sejam pada paras laut, ia akan menghasilkan gelombang daripada tekanan pada udara sekitarnya yang menghasilkan bunyi membingitkan.

NASA berkata, gambar itu menunjukkan dua jet supersonik T-38 terbang hanya dipisahkan 9 meter antara satu sama lain ketika diambil gambar dengan kamera berkelajuan tinggi di Pusat Penyelidikan Penerbangan Armstrong NASA. - AFP