Perkara itu ditegaskan oleh Ketua Agensi Angkasa Rusia (Roscosmos), Dmitry Rogozin, susulan rancangan kunjungannya ke AS telah ditunda oleh NASA ekoran krisis berkenaan.

Beliau dijangka mengadakan lawatan ke negara itu pada bulan depan.

“Kita memahami bahawa keadaan ini adalah ‘pertempuran’ antara Kongres AS dan Presiden Donald Trump.

“NASA adalah mangsa keadaan,” katanya kepada saluran ROssiya 24.

NASA merupakan antara agensi kerajaan yang terjejas oleh krisis shutdown dengan para saintis yang digaji oleh kerajaan termasuk NASA, tidak dapat menghadiri persidangan-persidangan utama.

Rogozin berkata, pihaknya berminat untuk meningkatkan kerjasama dengan AS dalam penerokaan angkasa lepas. – AFP