Pesawat dikenali sebagai helikopter Marikh tersebut mempunyai berat kurang daripada 1.8 kilogram dengan bahagian utama kenderaan memiliki saiz sebesar bola lisut.

Helikopter itu akan dipasang pada bahagian badan robot Mars 2020, robot beroda yang dicipta khas bagi menentukan habitat dan persekitaran planet Marikh, mengesan benda hidup, sumber semula jadi dan bahaya bagi pene­rokaan manusia.

Mars 2020 dijangka dilancarkan pada Julai 2020 dan tiba di permukaan Marikh pada Februari 2021.

Pentadbir NASA, Jim Bridens­tine dalam satu kenyataan menjelaskan, agensi itu memiliki sejarah membanggakan bagi setiap projek pertama yang dilaksanakan mereka.

“Idea supaya helikopter terbang di ruang udara planet lain adalah mengujakan,” katanya.

Masih belum ada negara yang pernah menerbangkan helikopter ke Marikh sebelum ini.

Sementara itu, Pengurus Projek Helikopter Marikh di Makmal Pendorongan Jet NASA, Mimi Aung berkata, rekod penerba­ngan helikopter mini berkenaan di Bumi adalah pada ketinggian 12,100 meter.

“Atmosfera Marikh adalah hanya satu peratus dari Bumi, jadi apabila helikopter kami berada di permukaan Marikh, itu sudah berada di Bumi bersamaan dengan ketinggian 30,500 meter,” tambahnya. – AFP