Objek itu ditemukan berhampiran New Horizons iaitu sebuah kapal angkasa yang ditugaskan meninjau keadaan di planet Pluto kira-kira dua tahun lalu.

Ketika ini, objek tersebut hanya dikenali sebagai 2014 MU69 iaitu satu istilah yang memeningkan kepala kebanyakan saintis.

Justeru, mereka mengambil keputusan untuk menganjurkan pertandingan menamakan objek berkenaan yang dijangka berakhir pada 1 Disember depan.

Difahamkan, 2014 MU69 terletak sejauh kira-kira 6.5 bi­lion kilometer (km) dari planet Bumi dan ada pendapat menyebut bahawa objek tersebut mungkin terdiri daripada dua entiti berbeza.

Satu lagi objek tidak kelihatan kerana dipercayai tersangkut atau mengorbit antara satu sama lain.

Jika dakwaan tersebut benar, maka dua nama timangan diperlukan dalam pertandi­ngan berkenaan.

Dalam pada itu, NASA ba­gai­manapun memaklumkan ba­hawa nama timangan yang diperlukan itu mungkin untuk tempoh sementara waktu sahaja kerana nama rasmi hanya akan diberikan selepas New Horizons melintasi objek ber­ke­naan. – AGENSI