Setakat ini tiada angka yang tepat menunjukkan bilangan tentera kanak-kanak dalam kalangan 500,000 tentera yang berkhidmat di negara ini atau mereka yang menjadi tentera pemberontak etnik di sempadan Myanmar.

Tentera kerajaan telah menamatkan perkhidmatan 924 kanak- kanak dan belia melibatkan pelbagai pangkat selepas menandatangani perjanjian dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 2012, demikian menurut kenyataan Tabung Kanak-kanak PBB (UNICEF).

Kenyataan itu berkata, tentera kanak-kanak yang tamatkan perkhidmatan akan dikehendaki menghadiri program integrasi semula untuk mereka kembali menjalani kehidupan awam seperti orang lain, sebuah proses yang men­yumbang kepada keamanan yang berterusan kepada negara sebagai rakyat yang produktif.

Sementara itu, pakar turut berkata, sekiranya tentera dan kumpulan etnik terus berperang, kanak-kanak berisiko untuk dijadikan tentera semula.

Kanak-kanak biasanya diculik atau diambil secara paksa di tempat awam seperti taman dan stesen kereta api di bandar mereka, sebelum diancam dimasukkan ke penjara jika mereka enggan.

Selain UNICEF, terdapat tujuh lagi ‘pelaku’ yang te­rus merekrut tentera kanak-kanak termasuk Tentera Kemerdekaan Kachin dan Tentera Darat Shah, kedua-dua kumpulan etnik terus terlibat dalam pertempuran de­ngan tentera Myanmar.– AFP