“Kami tidak percaya khemah pelarian sementara itu perlu dikekalkan,” kata seorang ahli panel, Ghassan Salame kepada media tempatan selepas satu perjumpaan semalam.

Annan yang tidak dapat hadir bagaimanapun sempat menyampaikan kata-kata aluannya menerusi panggilan video yang disiarkan dalam perjumpaan tersebut.

Ketika ini, lebih daripada 120,000 penduduk yang kebanyakannya Rohingya berlindung di khemah sementara itu khususnya sejak 2012. - REUTERS