Wa Lone, 32, dan Kyaw Soe Oo, 28, didapati bersalah di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) kerana mengumpul dan memiliki dokumen yang dirahsiakan.

"Kedua-dua defendan... didapati melanggar Seksyen 3.1.c Akta Rahsia Rasmi, oleh itu kedua-duanya dijatuhkan hukuman penjara selama tujuh tahun," kata Hakim Ye Lwin ketika menjatuhkan hukuman.

Kedua-dua wartawan tersebut, yang sedang menjalankan siasatan terhadap pembunuhan beramai-ramai etnik Rohingya ketika ditahan, terdahulu mengaku tidak bersalah di atas tuduhan tersebut. - REUTERS