Laporan itu meliputi kes tersebut yang melibatkan wanita dan kanak-kanak perempuan etnik berkenaan yang dilakukan oleh pasukan keselamatan Myanmar di utara wilayah Rakhine.

Permohonan luar biasa itu merupakan yang keempat pernah dikemukakan sejak 1982 oleh badan dunia itu melalui Jawatankuasa Pembasmian Diskriminasi terhadap Wanita PBB.

Panel berkenaan turut meminta kerajaan Myanmar mengemukakan perincian tentang golongan wanita dan kanak-kanak perempuan yang terbunuh sejak serbuan tentera akhir Ogos lalu.

Panel pemerhati itu juga memaklumkan telah meminta maklumat siasatan, penahanan, pendakwaan, hukuman atau tindakan disiplin yang dikenakan terhadap penjenayah termasuk anggota pasukan tentera yang didapati bersalah terhadap jenayah berkenaan.

Sementara itu, Bangladesh telah meluluskan projek kontroversi bernilai AS$280 juta (RM1.15 bilion) untuk mengubah suai pulau terbiar di selatan negara ini kepada kem sementara untuk 100,000 pelarian Rohingya.

Pengumuman itu dibuat beberapa hari selepas Bangladesh menandatangani persetujuan untuk menghantar balik pelarian Rohingya yang tinggal bersesak-sesak dalam kem di sepanjang sempadan negaranya. - Reuters/AFP