Lapor akhbar Global New Light hari ini, keputusan itu dibuat selepas kerajaan yakin keadaan di negeri itu semakin stabil daripada sebarang kegiatan keganasan.

Sehubungan itu, beberapa buah sekolah di pekan Maungdaw dan Buthidaung dibuka semula bagi membolehkan sesi persekolahan beroperasi seperti biasa.

Bagaimanapun, keadaan di per­kam­pungan Bengali dikhuatiri masih belum stabil sepenuhnya, menyebabkan kerajaan memutuskan untuk tidak membuka lagi sekolah yang ada.

Dalam pada itu, lebih 2,000 Rohingya yang kebanyakannya dari Buthidaung menyeberangi lautan sejak minggu lalu untuk memasuki Bangladesh ketika bekalan asas termasuk makanan dan ubat sema­kin berkurangan.

Sekurang-kuranngya 60 Ro­hing­ya dikhuatiri maut teruta­ma­nya kanak-kanak selepas bot yang me­re­ka naik terbalik di pesisir pantai Bangladesh pada Khamis lalu.

Akses untuk memasuki Rakhi­ne terutamanya utara negeri itu dikawal ketat oleh tentera negara ini, termasuk menyekat bantuan kemanusiaan daripada agensi bantuan antarabangsa.

Sementara itu, Kementerian Luar Tahiland dalam satu kenyata­an memaklumkan bahawa kerajaan negara itu memantau situasi etnik Rohingya dan bersedia untuk menyalurkan bantuan kepada Myan­mar dan Bangladesh.

“Thailand memantau rapi kea­daan di Rakhine dan mengambil kira semua aspek yang berlaku di negeri itu.

“Kerajaan Thailand sentiasa mengutamakan bantuan serta perlindungan untuk etnik Rohingya,” jelas kenyataan itu.

Kementerian itu turut memaklumkan bahawa kenyataan yang dibuat adalah sebagai reaksi kepada beberapa kumpulan hak asasi manusia mengenai pandangan negara itu terhadap krisis yang me­nim­pa Rohingya.

Amensty International pada minggu lalu menggesa Thailand supaya tidak menolak Rohingya sebaliknya memberikan bantuan dan perlindungan kepada mereka. – Agensi