Agensi Sekitar Kebangsaan (NEA) dalam satu kenyataan berkata, pemeriksaan termasuk kadar sebatian organik meruap dan loji-loji perindustrian di bahagian timur laut Singapura didapati beroperasi seperti biasa.

NEA menambah ia tidak lagi menerima sebarang aduan mengenai bau itu.

“Siasatan sedang dijalankan. NEA akan terus memantau keadaan dengan rapi,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, penduduk di Sengkang, Buangkok dan Hougang adalah antara yang pertama perasan bau itu seawal 4.30 petang dengan menyifatkannya sebagai plastik terbakar dan seperti minyak petrol.

Bau itu kemudian merebak ke Bishan dan Ang Mo Kio.

Pada sebelah malam semalam, bau itu dikesan di Commonwealth, Bukit Timah dan Holland Village. -Agensi