Daily Mail melaporkan, baru-baru ini beberapa keping gambar yang menunjukkan bagaimana musang artik sengaja diberikan makanan secara berlebihan da­ri­pada had yang sepatutnya bagi memastikan haiwan itu sentiasa gemuk dan berbulu tebal.

Penternak didapati tidak kisah walaupun rata-rata musang artik yang bersaiz kecil ini mempunyai berat sehingga 18 kilogram malah berisiko untuk patah kaki jika terlampau gemuk.

Jurucakap sebuah badan hak asasi haiwan, Justice for Animals, Kristo Muurimaa mendakwa, bulu musang artik dijual kepada jenama fesyen terkenal dunia.

“Kulit yang lebih besar bermakna lebih banyak wang untuk penternak namun yang menderi­ta adalah haiwan tidak berdosa ini,” katanya.

Musang artik hidup dalam suhu serendah 70 darjah Celcius berupaya untuk menyimpan lapisan lemak di bawah kulit dan mempunyai bulu tebal.

Bagaimanapun, bulu musang artik menjadi kegilaan pembuat pakaian jenama terkemuka.

Pedagang bulu terbesar Finland, Saga Furs menjual kira-kira 2.5 juta bulu musang artik setiap tahun.

Bagaimanapun, Saga Furs menafikan sebarang pembabitan de­ngan pembelian bulu haiwan yang sengaja digemukkan.