Elvis Summer, 40, sedang me­laksanakan projek terbaharunya melibatkan pembinaan sebuah rumah berkeluasan 28x8 kaki dengan bantuan seramai kira-kira 135 murid berusia antara sembilan hingga 11 tahun daripada Sekolah Antarabangsa Santa Clarita Valley, California.

Summer berkata, rumah tersebut dibina daripada sebuah treler lama, sekali gus diiktiraf sebagai kenderaan rekreasi yang memberikan lebih banyak pilihan kepada golongan gelandangan ketika menggunakannya kelak.

Kesemua murid berkenaan telah terlibat dalam projek berkenaan selama setahun dan bekerja mengikut syif.

Salah seorang murid tersebut, Mariposa Robles, 10, berkata, dia berasa seronok untuk membina rumah itu selain berbangga dengan semua rakannya yang saling bekerjasama.

Projek berkenaan telah meraih dana hampir AS$6,000 (RM25,611) berbanding jumlah yang disasarkan sebanyak AS$19,000 (RM81,101).

Berdasarkan Perkhidmatan Ge­landangan Los Angeles, golongan gelandangan di bandar raya ini dianggarkan sebanyak 58,000 orang. – REUTERS