Menurut dua orang sumber dan seorang pegawai kanan kerajaan, Mugabe akan mengumumkan peletakan jawatannya kepada umum selepas parti beliau memecat presiden itu.

Bagaimanapun, dalam ucapan yang disiarkan dari pejabat Dewan Negara, Mugabe yang duduk bersama barisan jeneral mengakui kritikan daripada ZANU-PF, tentera dan rakyat namun beliau langsung tidak menyebut tentang kedudukannya dalam kerajaan. - REUTERS