Terdahulu, kumpulan penunggang motosikal yang berniaga di Insaar Bazaar di sini sering me­nga­du bahawa minyak motosikal mereka dicuri oleh suspek yang tidak dikenali.

Keadaan itu berlarutan selama beberapa hari sehingga mereka mengambil keputusan untuk memasang perangkap bagi menjerat si pelakunya, lapor portal UPI.

Bagaimanapun, satu rakaman video yang diambil secara kebetulan membuktikan bahawa pen­curi minyak tersebut bukan ma­nu­sia sebaliknya monyet.

Seorang saksi, Gaurav Leekha memberitahu, gelagat monyet itu ketika menyedut petrol dari tangki motosikal menggunakan tiub jelas menunjukkan bahawa haiwan itu kini berada dalam ketagihan.

“Monyet itu juga akan menolak jika diberikan pisang atau kacang,” katanya yang juga merupakan seorang anggota sukarela di sebuah organisasi berhampiran bandar ini.

Tambah Leekha, monyet itu ba­gaimanapun tidak mendatangkan ancaman atau bahaya kepada pengunjung di situ setakat ini mungkin disebabkan haiwan itu selalu kelihatan ‘mabuk’.

Ketika ini, monyet terbabit dikatakan tidak lagi menyasarkan deretan motosikal di kawasan itu selepas kerap dihalau oleh peniaga di situ yang melemparkan ka­sut ke arahnya.