Namun, keadaan itu berlainan pula di sebuah restoran yang terletak di wilayah Tochigi apabila pelayannya adalah seekor mo­nyet dari spesies Macaque.

Diberi nama sebagai Fuku, haiwan itu rajin melayan setiap pelanggan yang berkunjung ke restoran Kayabukiya Tavern.

Menurut pemilik restoran tersebut, Kaoru Otsuka, kebolehan monyet istimewa itu dikesan selepas dia meniru perbuatan seorang lagi pelayan di restoran terbabit yang meletakkan napkin di atas meja.

“Ketika seorang pekerja saya, Yat-chan sedang meletak napkin di atas meja, Fuku memerhatikannya.

“Selepas itu, secara bersahaja, Fuku juga mengambil napkin dan meletakkannya di atas meja sama seperti yang dilakukan Yat-chan,” katanya.

Sehubungan itu, Otsuka membuat keputusan untuk menja­di­kan Fuku sebagai pelayan di restorannya, selain percaya langkah itu dapat menarik lebih ramai kehadiran pelanggan.

Ternyata langkah itu berjaya apabila ramai pelanggan datang ke restorannya untuk melihat sendiri kebolehan Fuku menghidangkan minuman.

Rata-ratanya berasa terhibur dengan telatah Fuku dan tidak ketinggalan merakam aksi haiwan comel itu yang turut dipakaikan baju pelayan. – AGENSI