BBC melaporkan, langkah itu diambil walaupun tidak ada seorang daripada 30 penumpang di dalam bas berkenaan membuat aduan tentang kelakuan pemandu tersebut dalam kejadian Isnin lalu di negeri Karnataka.

Bagaimanapun, apabila video yang dianggap santai merakamkan gelagat monyet itu memandu bas tular, syarikat bas berkenaan mengenakan tindakan ke atas pemandu tersebut.

Kata jurucakap syarikat, ke­selamatan penumpang ti­dak bo­leh dibahayakan dengan mem­benarkan seekor monyet memandu bas.

Namun agak mengejutkan, keputusan syarikat itu tidak disenangi kebanyakan pengguna media sosial.

“Agak comel, mengapa perlu digantung. Dia sepatutnya ha­nya diberi amaran supaya tidak mengulangi perbuatan itu,” kata pemilik akaun Twitter, Parag Heda.

Menurut saksi, monyet itu menaiki kenderaan terbabit ber­sama seorang penumpang namun enggan duduk di tempat duduk disediakan melainkan haiwan berkenaan hanya mahu duduk di bahagian hadapan bas.

Pemandu itu, M. Prakash seolah-olah tidak sedikit pun berasa bimbang lalu membenarkan kawan baharunya itu duduk di atas stereng semasa bas ber­kenaan meneruskan perjalanan sekitar kawasan Davanagere.

Walaupun monyet itu duduk pada bahagian stereng, Prakash dilihat masih memberi tum­puan pada pemanduan dengan meme­gang stereng berkenaan menggunakan sebelah tangan­nya ketika monyet itu terus memberi perhatian kepada tra­fik di hadapannya.

Menurut laporan media, sejurus monyet itu sampai ke destina­sinya, haiwan berkenaan meninggalkan pemandu tersebut yang meneruskan kerja se­perti biasa.