Hicks, 28, menggantikan Anthony Scaramucci yang baru sahaja dipecat.

Menariknya, Hicks pernah juga menjadi model jenama pakaian Ivanka Trump beberapa tahun dahulu sebelum mengenali Trump.

BBC melaporkan, dengan gaji sebanyak AS$180,000 setahun (RM750,000), walaupun tanpa sebarang pengalaman dalam bidang politik, gadis itu diambil bekerja untuk kerajaan Trump.

Hicks sudah mula bekerja untuk Trump dalam bidang perhubungan awam bagi syarikat hartanah sejak tahun 2014 selepas diperkenalkan oleh Ivanka kepadanya.

Model cantik itu juga kemudian bersetuju untuk menyertai pasukan kempen Trump pada tahun lepas.

Trump sering melabel Hicks sebagai seorang pekerja berpotensi besar dan mempunyai masa depan yang sangat cerah kerana dedikasi yang ditonjolkan olehnya.

Hicks juga tidak seperti yang lain, lebih gemar merahsiakan keperibadian dan juga hubungan ra­pat­nya dengan keluarga Trump ma­lah pernah bertindak memadam akuan laman sosial Instagram dan Twitter bagi mengelakkan dirinya di hidu wartawan.

Laporan menyatakan apabila Trump menjadi presiden, beliau telah mewujudkan peranan baru untuk Hicks, Pengarah Komunikasi Strategik Rumah Putih.

Cara beliau berurusan dengan presiden bukanlah untuk mencuba dan mengubahnya, tetapi hanya membolehkannya dalam apa yang Trump mahu lakukan dengan caranya sendiri.