Dalam ucapan pelantikannya, Mnangagwa berjanji bawaha kerajaan di bawah pimpinannya akan membayar pampasan kepada semua petani kulit putih yang kebanyakan tanah mereka dirampas oleh bekas Presiden Robert MUgabe.

Selain itu, beliau juga berjanji untuk melindungi pelaburan antarabangsa dan melibatkan semula negara ini dengan semua kuasa dunia.

"Saya meminta agar semua lupakan apa yang sudah berlaku. Kita perlu bersatu untuk membangunkan negara ini," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 60,000 penyokong di stadium kebangsaan, di sini hari ini. – AFP