Sehubungan itu, pihak ber­kuasa negara ini bertegas untuk melakukan siasatan terperinci bagi mencari punca kematian semua haiwan tersebut.

Menteri Pertanian Austra­lia yang dipetik BBC, David Li­ttleproud berkata, beliau terkejut dan rasa terganggu selepas melihat rakaman vi­deo yang menunjukkan sejumlah biri-biri mati di atas kapal.

Beliau memaklumkan vi­deo tersebut diperoleh daripada kumpulan hak asasi haiwan Australia, tetapi tidak mendedahkan butirannya secara terperinci.

“Kesemua haiwan yang di­bawa di atas kapal berkenaan adalah sumber pendapatan golongan petani di negara ini,” katanya.

Selain itu, Littleproud turut me­nyeru semua pihak yang terlibat dalam industri eksport dan import supaya mewujudkan sistem pengurusan yang lebih sistematik dan lestari.

Kes tersebut juga secara tidak langsung mencetuskan debat dalam kalangan pengamal industri perdagangan di negara ini.

Kumpulan hak asasi haiwan sebelum ini menggesa supaya ekport haiwan ternakan hidup digantung susulan isu pengabaian kebajikan binatang.

Pada 2011, Australia menggantung eksport haiwan ternakan hidup ke Indonesia selama enam bulan selepas satu dokumentari televisyen me­nunjukkan haiwan berkenaan diuruskan dengan teruk.