Menurut pihak berkuasa Jepun dan AS, kejadian tersebut berlaku ketika eksesais pengisian minyak di udara.

Jurucakap Kementerian Pertahanan Jepun memberitahu, angkatan maritim setakat ini menemukan dua daripada tujuh mangsa terlibat yang menaiki jet pejuang Hornet F/A-18 dan pesawat Hercules KC-130 berkenaan.

“Mangsa pertama berada dalam keadaan stabil di Stesen Udara Marine Corps Iwakuni manakala mangsa kedua hanya ditemukan 10 jam selepas perlanggaran itu.

“Mangsa kedua telah dibawa menaiki kapal tentera Jepun namun tiada maklumat lanjut mengenai keadaannya,” katanya.

Insiden itu berlaku pada pukul 2 pagi waktu tempatan kira-kira 320 kilometer (km) dari perairan Jepun.

Sementara itu, Menteri Pertahanan Jepun, Takeshi Iwaya berkata, insiden itu amat dikesali namun tumpuan sekarang adalah usaha mencari dan menyelamat mangsa.

Duta AS di Jepun, William Hagerty pula mengucapkan penghargaan kepada tentera Jepun atas usaha mencari dan menyelamat itu.

“Mereka mengambil risiko nyawa setiap hari untuk melindungi Jepun dan rantau ini malah kadangkala terpaksa membayar harga yang mahal,”ujarnya. – REUTERS