Swift yang menerima empat pencalonan dan hanya melihat pesaingnya, Lambert dan kumpulan Lady Antebellum memperoleh pelbagai anugerah, terkejut apabila namanya diumumkan untuk anugerah terakhir tersebut yang diundi oleh peminat.

''Ini merupakan kali pertama saya menerima penghormatan ini dan saya tidak tahu nak cakap apa,'' katanya sambil menahan dirinya daripada menangis.

Lambert mengekalkan kedudukannya sebagai Penyanyi Wanita Vokal Terbaik dan lagunya, The House That Built Me menerima anugerah Single Terbaik, Lagu Terbaik dan Video Terbaik pada majlis penganugerahan ke-46 itu.

Penyanyi berusia 27 tahun dari Texas itu menerima tujuh pencalonan termasuk dua anugerah dalam kategori video.

Lady Antebellum pula menerima anugerah Album Terbaik dan Kumpulan Vokal Terbaik dan Brad Paisley dinamakan sebagai Penyanyi Lelaki Terbaik untuk kali kelima berturut-turut.

Anugerah Artis Baru Terbaik dimenangi oleh The Band Perry, kumpulan adik-beradik dari Mississippi.

Kenny Chesney yang menerima lima pencalonan dan Keith Urban pula memperolehi tiga pencalonan pulang dengan tangan kosong.

Majlis tersebut dihos oleh Reba McEntire untuk tahun ke-13.

Dia digandingkan dengan tunang Lambert, Black Shelton yang buat pertama kali mengacarakan majlis itu. - Reuters