Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Miquela Sousa ciptaan komputer jadi kegilaan

Dengan lambakan swafoto dirinya dengan trend terkini selain menghadiri pesta dan majlis rasmi dalam dan luar negara, Miquela Sousa kini ‘digilai’ kerana dikatakan cantik dan hebat.

Namun tiada yang menyedari Miquela Sousa sebenarnya bukan manusia tetapi hasil ciptaan komputer yang sukar dibezakan oleh peminatnya bahawa dia hanya rekaan semata-mata.

Dalam Instagramnya, Miquela Sousa sering mempamerkan kehidupan biasa dan berjaya mencipta ilusi gaya hidup yang sempurna.

Setakat ini, model itu mempunyai hampir 260,000 pengikut fanatik yang mengikuti perkembangan Miquela Sousa.

Sehingga kini, tiada yang mengetahui siapa sebenarnya yang mencipta model komputer ini atau misteri disebalik ciptaan dirinya.

Ada juga menganggap berkemungkinan besar Mi­quela Sousa merupakan gabungan model 3D dan orang sebenar.

Menurut seorang pe­ngarah urusan komputer animasi dan studio visua­lisasi, Dougie Cross, Mi­­quela Sousa terlalu rea­listik sehingga orang ti­dak menganggapnya mo­del yang dihasilkan oleh komputer.

“Saya fikir ‘penghasilan’ butiran Miquela Sousa terlampau sempurna dan sukar untuk mencari kesilapan pada wajahnya.

Sesiapa yang menghasilkan model ini sangat hebat. Teknik imej janaan komputer (CGI) sangat berjaya,” katanya.

Para peminatnya pula yakin Miquela Sousa sebenarnya wujud dan mempunyai kehidupan biasa seperti yang ditonjolkan dalam laman Instagram­nya.

Malah, berikutan permintaan tinggi, Miquela Sousa juga banyak mempromosikan jenama ter­kenal selain mengeluarkan album ‘single’ baru-baru ini.

Pastinya sesiapa yang berada disebalik akaun Instagram Miquela Sousa, tahu apa yang sebenarnya berlaku.

Artikel Berkaitan
Video Terkini
Video Pilihan
Artikel Lain