Lapor Mail Online, vlogger, Erwan Heussaf, 31, dan kakak­nya, seorang aktres dan mo­del, Solenn, 32, mendedahkan mereka mencuba kaedah ber­kenaan selepas mencuba pelbagai detoks sebelum ini.

“Ini adalah kaedah yang pa­­ling ringkas. Kamu hanya minum air, tiada suplemen, teh atau apa sahaja.

“Ada orang yang melakukan puasa dengan minum air sahaja selama 100 hari, 50 hari dan 30 hari. Jadi badan kamu boleh hidup tanpa makanan,” kata Erwan.

Tetapi, ujar Erwan, badan manusia tidak boleh mencapai tahap optimum dan efisien jika hanya bergantung sepenuhnya kepada air.

Tambah Erwan, walaupun dia tidak mengambil sebarang kalori selama seminggu, tubuh­nya mampu membakar kira-kira 14,000 kalori.

“Orang ramai berkata perut anda adalah seperti otak kedua. Jika sesuatu tidak kena berlaku, kamu boleh merasakannya pada seluruh badan anda.

“Ia boleh menjejaskan mood, tahap tenaga, hormon anda, jadi adalah penting untuk mempunyai usus serta perut sihat dan aktif,” jelas Erwan.