MAC MILLER
MAC MILLER 

Miller, 26, atau nama sebenarnya Malcolm McCormick, ditemukan tidak sedarkan diri di rumahnya di Los Angeles pada 7 September lalu.

Pejabat koroner Los Angeles mengesahkan punca kematiannya selepas melakukan bedah siasat.

Miller maut akibat me­ngambil campuran dadah yang tinggi kandungan toksin, termasuklah opioid fentanyl dan kokain.

Penyanyi itu sebelum ini sering bersikap terbuka berhubung ketagihannya terhadap dadah.

Miller pernah menjalinkan hubungan dengan penyanyi pop terkenal, Ariana Grande selama dua tahun sebelum kedua-duanya berpisah awal tahun ini.

Kematian Miller juga didakwa merupakan salah satu punca perpisahan Grande dengan teman lelaki baharunya, Pete Davidson.

Susulan perpisahan tersebut, Grande mengeluarkan sebuah lagu baharu berjudul Thank U, Next bagi menzahirkan perasaan sayangnya terhadap Miller dan Davidson.

Sementara itu, Davidson sewaktu muncul dalam rancangan Saturday Night Live pada hujung minggu lalu, mengeluarkan kenyataan terbuka pertama sejak berpisah dengan Grande.

“Saya tahu sesetengah daripada kamu tertanya-tanya mengenai perpisahan kami, tetapi sejujurnya bukan dise­babkan orang ketiga," katanya. – REUTERS