Pasukan penyiasat berkata, dua penyerang bersenjatakan pisau ditembak mati selepas bertindak menceroboh masuk balai polis di daerah Chechnya di Shalinsky dan mencederakan dua pegawai polis.

Dalam satu kejadian berasingan di kampung Mesker-Yurt, seorang lelaki cuba meletupkan dirinya di pos kawalan polis, tetapi tidak mencederakan sesiapa.

Kejadian ketiga pula berlaku di bandar Grozny di mana seorang lelaki merempuh dua anggota polis trafik dan mencederakan dua lagi pegawai ketika cuba melarikan diri.

Militan Daesh mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu.-AFP