Tertuduh, Juhanda didapati bersalah menyebabkan kematian seorang budak berusia dua tahun selain mencederakan tiga kanak-kanak lain dalam kejadian yang berlaku pada bulan November itu.

“Defendan (Juhanda) telah dibuktikan bersalah di bawah akta keganasan,” kata Hakim Surung Simanjuntak dari Mahkamah Jakarta Timur.

Juhanda sebelum ini ditahan bersama empat lagi suspek yang dipercayai menganggotai Jamaah Ansharut Daulah (JAD) iaitu sebuah kumpulan militan yang menyokong Daesh di Indonesia.

Seorang daripada mereka, Joko Sugito telah dijatuhi hukuman penjara selama tujuh tahun manakala tiga lagi tertuduh masing-masing dipenjara antara enam tahun hingga enam tahun lapan bulan susulan kejadian tersebut. -AFP