Lapor BBC, dalam buku berjudul Becoming itu, Michelle mendedahkan pernah me­ngalami keguguran dan terpaksa menjalani rawatan pembenihan in vitro (IVF) untuk melahirkan kedua-dua anak­nya iaitu Malia serta Sasha.

Michelle sewaktu tampil dalam rancangan Good Mor­ning America terbitan stesen ABC memberitahu, beliau berasa ‘kehilangan dan sunyi’ selepas me­ngalami keguguran 20 tahun lalu.

“Saya berasa seperti saya gagal kerana saya tidak tahu bagaimana keguguran berlaku kerana kami tidak bercakap tentangnya.

MICHELLE OBAMA bakal tampil dengan buku memoirnya pada Selasa
MICHELLE OBAMA bakal tampil dengan buku memoirnya pada Selasa ini. – AGENSI

“Kami berasa sedih, memikirkan terlalu patah hati. Adalah penting untuk berkongsi dengan ibu-ibu muda tentang fakta bahawa keguguran boleh berlaku,” katanya.

Beliau juga mengkritik Pre­siden AS, Donald Trump ke­rana ‘meletakkan keselamatan keluarganya dalam risiko’.

Selain itu, Michelle juga mendedahkan buat kali pertama dalam buku tersebut, beliau dan suaminya, Barack Obama pernah menjalani terapi pasangan.

Susulan penerbitan buku terbabit, Michelle akan me­ngadakan jelajah di 10 buah bandar termasuk London.