Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Mesir umum ‘penemuan penting’

Lapan mumia, 10 keranda kayu ditemukan di makam berusia 3,500 tahun

Ahli arkeologi memeriksa keranda kayu berwarna-warni dan patung
Ahli arkeologi memeriksa keranda kayu berwarna-warni dan patung yang ditemukan di kawasan makam purba Draa Abul Nagaa, Luxor, Mesir. AFP

KAHERAH 19 April - Kerajaan Mesir mengu­mumkan ‘penemuan pen­ting’ selepas ahli arkeologi menemukan lapan mumia, 10 keranda kayu berwarna-warni dan lebih 1,000 patung pengebumian dalam sebuah makam berusia 3,500 tahun di bandar Luxor, selatan Mesir.

Menurut Menteri Antikuiti, Khaled el-Enany, makam dinasti ke-18 itu ditemukan di kawasan perkuburan purba Draa Abul Nagaa dekat Lembah Diraja yang dipercayai milik seorang hakim bernama Userhat yang bertugas di bandar berkenaan.

“Kami tidak menyangka terdapat banyak lagi artifak dalam makam ini, malah kami mene­mukan lebih 1,000 Ushabti (patung pengebumian) dan ini merupakan penemuan penting,” katanya seperti yang dilaporkan oleh portal Al-Jazeera.

Patung Ushabti seringkali di­le­takkan bersama-sama mayat dalam makam purba penduduk Mesir yang dikatakan dapat mem­bantu melaksanakan pelba­gai tanggungjawab dalam alam sesudah kematian.

Ketua misi penggalian makam itu, Mostafa Waziri berkata, peng­galian masih diteruskan selepas penemuan terbaharu itu.

Beliau berkata, makam itu te­lah dibuka semasa dinasti ke-21 iaitu kira-kira 3,000 tahun lalu untuk menambah jumlah mumia dan melindunginya berikutan kejadian rompakan makam yang berleluasa.

Sementara itu, katanya, dalam makam itu ahli-ahli arkeologi yang memakai topeng muka dan sarung tangan getah berwarna putih memeriksa keranda yang mempunyai lukisan berwarna merah, biru, hitam, hijau dan ku­ning selain memaparkan wajah mereka yang meninggal dunia.

“Keranda berkenaan masih terpelihara dengan baik walaupun ada yang semakin pudar dan rosak akibat dimamah masa.

“Ahli-ahli arkeologi turut memeriksa satu mumia yang dibalut dengan kain linen dalam salah sebuah keranda berkenaan. Turut ditemukan dalam makam itu ialah teko bercorak warna putih, oren dan hijau,” kata Mostafa.

Beliau menambah, makam berbentuk ‘L’ berkenaan mempunyai ruang terbuka yang membawa ke arah dewan berbentuk segi empat tepat, koridor dan sebuah bilik.

Kata Mostafa, sebuah lubang berukuran sembilan meter da­lam makam itu menempatkan patung Ushabti termasuk topeng kayu dan pemegang keranda.

“Sebuah lagi bilik turut ditemukan dalam makam tersebut namun masih belum diteroka se­penuhnya,” katanya.

Jurucakap kementerian ber­ke­naan, Nevine el-Aref membe­ritahu, pihaknya mungkin me­ne­mukan lebih banyak mumia tidak lama lagi berdasarkan kesan yang ditemukan.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain