Meriam itu ditemukan berhampiran Masjid Sabilal Muhtadin yang merupakan benteng pertahanan Belanda pada masa dahulu yang kini dikenali sebagai Benteng Tatas.

Meriam besi itu ditemukan tiga pekerja projek yang sedang menggali untuk membuat asas bangunan kira-kira pukul 1.30 petang waktu tempatan.

Seorang pekerja yang menemukan meriam itu, Afifuddin berkata, dia pada awalnya menyangka tuil besi yang digunakannya terkena paip air.

“Selepas digali, saya dapati ia merupakan sebuah meriam,” katanya.

Afifuddin kemudiannya melaporkan kejadian itu kepada ketuanya yang bertindak memanjangkan penemuan tersebut kepada polis.

Ketuanya, Kharifuddin berkata, usaha mereka mengeluarkan meriam itu menggunakan sebuah forklift gagal ekoran senjata kuno itu terlalu berat.

“Baru terangkat sedikit, forklift ini sudah menonggeng,” katanya.

Katanya, meriam itu berukuran 1.9 meter panjang dengan ukur lilit 85 sentimeter.

“Meriam ini ditemukan pada kedalaman 1.2 meter dari permukaan jalan,” katanya. – JawaPos.com