Minggu lalu, Rudd dikatakan memberitahu sebuah jawatankuasa Parlimen bahawa kementeriannya tidak menyimpan dokumen jumlah pendatang asing yang diusir dari Britain.

Walaupun beliau berkali-kali menolak dakwaan berkenaan, namun beberapa bukti menunjukkan Rudd telah menafikan hak pendatang asing terutamanya dari Carribean.

Rudd yang memegang jawatan tersebut sejak 2016, dikatakan sekutu rapat kepada Perdana Menteri, Theresa May dalam usaha Britain ke arah rundingan Brexit. - AFP